Alhamdullilah..akhirnya aku berjaya create blog sendiri...ilinur.blogspot.com. Erm bestnyer..Ilinur adalah sempena nama awalan bagi anak-anak gadisku. Ili Nur Amira & Ili Nur Athira. Tapi kenapa ilinur? Apa maksud ilinur tu. Ili ini bermaksud pengurniaan dan nur adalah cahaya. Nama ili ni aku jumpa dalam satu buku agama yang lama yang terselit nama-nama pilihan bagi anak. Dititipkan juga amalan dan ayat-ayat yang perlu diamalkan bagi ibu yang mengandung. Nama anak lelaki aku pun aku cari dalam buku ni. Muhammad Al Akhimullah yang bermaksud keberkatan Allah. Aku telah diberi "ili nur" seramai tiga orang. Dua orang gadis dan seorang jejaka. Putih mulus kulitnya umpama kulit ibunya. (Edisi perasan). Pengurniaan cahaya ini yang membuat aku bahagia dan tenang walaupun kekadang "taring" aku keluar bila anak-anak meragam. Hati seorang ibu..bila terlalu marah tidak dapat dikawal tetapi bila anak-anak menangis..baru aku sedar..Ya Allah, anak-anak aku ini tidak bersalah dan tidak mengerti akan apa-apa. Maka dengan itu, aku meminta maaf dengan anak-anakku. Ibu memang garang. Tetapi dalam ili nur ini, aku terkesima dengan dugaan Ilahi. Ili Nur Amira telah kembali ke alam barzakh ketika umurnya tinggal 6 hari sebelum usianya 3 tahun. Perit menerimanya tetapi hati ini harus tabah.

No comments:
Post a Comment